A StOrY tO tELL~~~

it's bout my writing..
it's bout me expressing my feeling through my
writing..

it's bout me and my ideas..
it's bout me spend my free time..
and...
it's all bout me...

Tuesday, September 1, 2009

**1 + 1 = ?** part 7

’Tak bestnya, meeting pulak dah malam ni. Sok dah la kena hantar assignment. Habuk pun aku tak buat lagi. Apasal la si Farid tu tak jadi pergi pulak ni? Tak pepasal aku kena ganti. Arghhhhh!!!! Tensionnya. Dah la tak ada geng.’

Ziya merungut seorang diri di dalam bilik. Farid, YDP persatuan pelajar pusat pengajiannya tetiba jeh hantar SMS, tak boleh pergi meeting antara YDP-YDP persatuan dan kelab. Bila YDP tak boleh pergi, NYDP lah yang dicari.

Sabar Ziya. Jangan merungut. Ni amanah. Tanggungjawab kau jugak. Dia cuba memujuk diri sendiri.

” Ko apahal ni? Menung mende? Buah hati baju biru?” sakat Juwa.

” Baru masuk bilik ko dah cari pasal dengan aku yer? Cubalah bagi salam ke, tanya aku dah makan ke belum ke. ” dia mendengus. Baru nak lupa pasal hari tu. Mimpi ngeri betul.

” Sensitip la ko. Usik sikit tak boleh.” aiksss, sejak bila Juwa dengan Is sign agreement nih. Masing-masing cakap aku sensitip. Sensitip ke aku?

” Juwa, ko gantikan aku meeting malam ni la. Malas tol aku nak pergi.”

” Hahahahaha... Ko nih. Tiap-tiap malam meeting. Tu la ko, hyperaktif sangat. Meeting apanya?” ayooo... blom apa-apa dah kena sembur. Baru acah suruh ganti.

” Meeting antara HEPP dengan YDP-YDP persatuan dengan kelab. Farid tak boleh pergi, so aku la yang kena pergi ni. Malas ah. Kalau aku pergi ni, jadi lone ranger la gamaknya.” ” Hahahahahaha.” ’Apa yang lawaknya? Juwa nih tetiba gelak pulak dia.’ Ziya buat muka pelik.

” Elok sangat la tuh. Dapat la ko jumpa dengan mamat baju biru kesayangan ko tuh. ”

” Erkkk???”

” Ko dah lupa. Kan dia YDP Awam.”

Mak, nak pengsan!

***************************************************************************

Ziya, rileks beb. Bukan ada menda pun, ko pergi ni nak meeting kan. Tetapkan niat kau Ziya. Tarik nafas...lepas...tarik lagi...lepas... Motivasi untuk diri sendiri. Aiyarkkkk!!! Tangannya menolak pintu yang sedikit renggang itu. Sempat matanya memandang deretan kasut atau lebih tepat lagi selipar jamban yang memenuhi hadapan pintu masuk ke bilik mesyuarat itu. Maknanya dah ramai la ni. Bismillah.......

Dia memandang keliling. Memang dah ramai yang ada. Dan hanya 2,3 kerat perempuan. Aduhai, tu pun semua aku tak kenal. Biasa la. Kampus kejuruteraan la katakan. Memang ramai la lelaki. Mati aku. Aha.. Ada Krish. Baik duduk dekat dia. Tepi dia pun macam tak ada orang.

” Hai Krish.” sapanya sambil tersengih. Boleh la, buat geng.

” Hai. Lama tak nampak.” Krish. Bahasa Malaysia memang fluent habis. Kalah aku. Debator la katakan. Dia ni hyperaktif. Sebab tu aku leh kenal dia agak rapat. Setakat nak bergurau tu no hal punya la.

” U la lama tak nampak. Busy dengan auntie la katakan.” Krish tergelak. ’Auntie’ tu awek dia. Ada ke patut dia kenalkan awek dia kat kitorang sebagai auntie? Kejam sungguh.

Pegawai-pegawai HEPP masuk beriringan. En. Razak, En. Mahadi, En. Dahlan dengan Cik Laila. En. Razak bagi intro dan kata-kata aluan. Aku cuba mencari wajah-wajah yang kukenal. Ada la beberapa orang. Yang lain kebanyakan muka baru. Mungkin senior kot. Dan yang paling penting, mamat baju biru tak ada! Yea! Sekurang-kurangnya meeting ni tak jadi mimpi ngeri.

” Maaf.” Mana muncul pulak mamat ni? Tetiba jeh. Panjang umur betul la. Terus sahaja lelaki itu mengambil tempat, betul-betul di hadapan Ziya. Terkedu Ziya seketika. Untuk 2 saat, pandangan mereka bertembung sebelum En. Mahadi mengusik ’mamat baju biru’ yang dah berbaju merah pulak kerana kelewatannya.

” Terlepas kapal terbang la Encik Mahadi,” balasnya diikuti gelak tawa satu bilik mesyuarat. Biasa la, meeting macam ni agak kurang formal. Lainlah kalau ada tetamu dari luar, memang kena formal. Kalau setakat dengan HEPP memang selamba badak jeh.

Minah latah ni pon ada? Apa position dia plak? Takkan YDP kot? Elok jeh dok depan aku ni. Hehehehe... Ni yang aku rasa macam nak wat jahat jeh nih. Tanduk dah keluar nih. Matanya direnung tajam pada gadis dihadapannya itu.

Apahal mamat ni? Tengok orang macam nak makan jeh nih. Mak, seramnya. Muka dah tahap pembunuh bersiri nih. Aduhai. Rileks Ziya. Tabahkan hati. Kawal emosi. Buat bodoh jeh dengan dia tuh.

” Ziya Adelia.” tersentak dia apabila namanya dipanggil. ” Bila lagi nak buat kenduri ni? Saya dah lama tak makan free nih.” aku tergelak. En. Mahadi ni memang suka menyakat. Aku pulak yang kena kali ni.

” Tak ada orang nak kahwin lagi la En. Mahadi. Macam mana nak wat kenduri?” sengihku.

“ Lah, awakkan ada? Bukan hari tu kata nak kahwin ka?” En. Mahadi ni dah buat dah. Tengah-tengah meeting yang ramai orang ni la dia nak kenakan aku. Aduhai.....

” Apa pulak saya En. Mahadi. ” aku buat muka. Malas nak membalas lagi. Kang makin panjang, makin segan aku dibuatnya. Dalam bilik meeting ni dah dekat 30 orang. I dont want to drop my water face. Erkkkk?? Fail sastera BI aku ni. Uhuhhuhuhu… Menangis cikgu-cikgu BI aku karang.

Aku memandang kembali ke hadapan. Bertembung kembali dengan ’mamat baju biru’ yang dah berbaju merah pulak tu. Apahal mamat ni? Pandanganku di arahkan ke tempat lain. Saja ja nak wat aku macam ni. Flying kick karang mamat ni baru dia tau.

Dia dah gelabah dah. Keep on staring Adam. Best jugak dapat sakat orang nih. Hehehehehehehe.... Sekali-sekala kejam apa salahnya kan?

” Saya rasa itu sahaja meeting kita pada hari ini. Kami dari pihak HEPP sangat mengharapkan kerjasama daripada semua persatuan dan kelab. Jadi, kita tangguhkan meeting kita pada hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.”

Itulah kata-kata keramat daripada En. Razak yang aku nanti-nantikan. Dah, boleh balik! Aduhai, mamat oi. Cepat la balik. Apahal ko dok dekat pintu tuh? Pergi la main jauh-jauh. Aku melangkah perlahan. Memang bertembung la ni. Ramai pulak yang dah keluar. Adoiiii...

” Ziya Adelia si minah latah...” perlahan namun berdesup ke telinganya.

” What are you saying?” pantang betul aku kalau main sindir-sindir nih. Tak puas hati cakap la depan-depan. Huhhhhh!

“ Cakap apa?” cepatnya melenting minah ni. Baru sakat sikit. Ni yang aku rasa nak sakat lagi ni. Hehehehehe.....

” Whatever...” malas nak layan. Aku nak balik, wat assignment.

” Malam nih dah tak melatah ke? I’m wearing red shirt now.” Usiknya. Mak aih, merah padam muka minah ni. Macam simbah minyak kat api jeh rasanya. Gelak simpan dalam hati. Hanya senyuman sinis yang dihulurkan.

“ You…” hatinya menahan marah. Malu pun ada. Terus speechless. Jalan yang terbaik, buka langkah, blah.

***************************************************************************

Gila marah minah tuh. Ni yang aku rasa best nak usik nih. Nasib baik la bukan coursemate aku. Kalau tak, tiap-tiap hari kena dengan aku. Hehehehehe… Terasa kejam la pulak. Kesian pulak tengok muka dia tadi. Tak terkata apa. Rasa bersalah, tapi rasa nak buat lagi pun ada. Aduhai... Masalahnya rasa nak buat lagi tuh lagi kuat dari rasa bersalah. Hehehe...

” Ziya Adelia...” tanpa sedar dia menuturkan sebaris nama itu.

” Oit, ko sebut nama sapa tuh? Lia??” tanya Jan.

Adoi... Ni yang malas kalau dok hostel ni. Tak ada privasi langsung. Semua rumet boleh nampak, boleh dengar. Lagi-lagi yang sebelah katil macam si Jan ni. Nasib..nasib..

” Aiksss? Lambat jawab? Sapa tuh Adam? Awek baru ko ke?” Jan dah amek port atas katil aku. Kacau la si Jan ni. Aku nak baring-baring layan feeling pun susah.

” Mana ada. Ko dengar nama sapa ja? Aku cakap rasa nak keluar la.” goreng je la.

” Ishhh.. Aku rasa aku tak pekak lagi la Dam. Aku dengar nama perempuan tadi. Sejak bila ko pandai sebut nama perempuan ni? Selalunya perempuan yang sebut nama ko. Ajaib ni.. ”

” Hahahahaha....” ketawa yang dibuat-buat. ” Dah berapa abad ko tak korek telinga ni? Aku cakap lain, dengar lain. Dah. Jom keluar, aku bosan ah. ” Jan tersengih. Aku tau aku tak salah dengar. Adam sebut nama perempuan?

1 comment:

  1. Assalamualikum storyteller..best kut crite awk..apsal x smbung?lme sya tnggu..smbunglah..jgn hmpakn pminat k,

    #cikrama2ungu

    ReplyDelete

 
Dear Diary Blogger Template