A StOrY tO tELL~~~

it's bout my writing..
it's bout me expressing my feeling through my
writing..

it's bout me and my ideas..
it's bout me spend my free time..
and...
it's all bout me...

Sunday, May 24, 2009

**1 + 1 = ?** part 1

1

” Weh, korang nak pergi ke tak ni? Lambat betol la korang. Penat betul aku tunggu." jerit Ziya.

" Kejap la oi. Aku tau la ko tak payah make-up. Bagi la chance kat kitorang sikit." balas Juwa. Dia mengintai dari balik almari. Ziya mencebik. Memang dia simple pun. Bedak pun tak pernah pakai, apatah lagi make-up lain. Macam menyusahkan jeh. Nasib baik kulit mukanya tak banyak masalah. Tak adalah dia perlu susah payah. Pakai pencuci itu, pencuci ini, krim itu, krim ini.

" Ye lah, tapi cepat sikit."

" Baik!" laung Juwa, Ieja dan Mimi serentak. Ziya tergelak kecil.

" Nah, pergi start enjin kereta dulu," Mimi mencampakkan kunci kereta ke atas meja study Ziya. Ziya mengambilnya, langkahnya diatur ke kereta di bawah blok. Pintu kereta dibuka dan dia melabuhkan diri di tempat duduk pemandu. Kunci dimasukkan dan enjin kereta dihidupkan.

Juwa, Ieja, Mimi menghampiri kereta sambil tersengih-sengih. "Lama tunggu?"sapa Ieja.

" Dah berakar aku rasa tau menunggu korang nih."

” Dah keluar pucuk belum?” masing-masing gelak dengan lawak tak hengat Juwa.

" Tunggu, tunggu gak. Ko tak reti-reti nak keluar ke? Ke ko nak bawak kereta hari ni?"

" Boleh gak Mimi. Aku bawak korang masuk longkang, nak?" Ziya keluar dari tempat duduk pemandu sambil tersengih-sengih. Dia mempersilakan Mimi duduk sambil merendahkan badannya sedikit, seperti cerita 'fairytale' bagai menghormati sang raja. Sempat Mimi menepuk bahu Ziya kuat.

" Oit Mimi. Ko kalo sehari tak pukul aku memang tak sah. Sakit tau. Dah lebam tau bahu aku ni." balas Ziya pantas mengambil tempat duduk di belakang. Ieja di sebelahnya.

" Ala Ziya, best la tepuk ko. Sebab tu aku buat. Lain kali aku buat lagi." kereta dipandu keluar dari perkarangan hostel.

***************************************************************************

" Aku lapar gila ni. Mana nasi paprik aku ni? Waaaaa!" adu Ieja.

" Cuba la bawa bersabar oi. Ko ni kalau bab makan, tak menyempat. Kalau boleh 24 jam mesti nak mengunyah. Badan tak besar-besar pula tu. Pelik betul aku"

" Ko ni Ziya, takkan tak tau. Sistem pencernaan aku ni kan terlalu efisien. Makan je buang, bila da buang mesti kena makan balik."

" Pengotor la ko. Kita kat kedai makan ni tau tak. Kalau orang lain dengar macam mana? Tak pepasal dengan saham kitorang ni jatuh jugak tau." balas Mimi.

" Weh... Weh... Tengok tuh. Aduhai..." masing-masing melihat arah yang ditunjuk oleh Juwa. 3 orang lelaki baru menghuni meja di hujung sekali, selang 2 meja dari meja mereka. Berbaju merah, biru, hijau.

" So?" balas Ziya. Tak paham apa yang perlu dilihat.

" Ko ni memang slow la kalau bab macam ni."

" Memang la si Ziya ni slow. Tapi masalahnya sekarang, ko nih yang terlalu cepat. Kitorang pun blurr juga nih." sempat juga Mimi mengenakan mereka berdua. Tak miss seorang pun.

" Sampai hati ko Mimi. Yer la, aku la yang slow. Uhuhuhuh.." Ziya pura-pura sedih. Meminta simpati. Masing-masing tergelak. Minah ni kalau buat muka seposen memang jadi. Mentang-mentang ambil kelas teater. Praktis habis.

" Dah.. Dah.. Cukup dengan acting ko. Juwa, pehal dengan mamat-mamat kat hujung tuh?" tanya Ieja, serius konon.

" Betul korang tak kenal?" Juwa meminta kepastian. Ketiga-tiganya menggeleng.

" Aduhai korang ni. Lambat la. Diorang tu ambil kos civil engineering. Korang nampak yang pakai baju biru tu?" kesemua mata melekap pada mamat yang berbaju biru.

" Woi, kalau yer pun jangan la tenung sampai macam tu sekali. Diorang perasan kang. Saham kita gak jatuh." Juwa bagi warning. Masing-masing buat macam biasa. Sesekali mata menjeling juga ke meja hujung. Juwa tergelak. Masing-masing buat muka suspicious lagi. Dah macam penyiasat plak dok main pandang-pandang jeling-jeling meja hujung.

" Woit, cepat la sambung. Apa kesnya mamat baju biru tuh?" Ziya dah hilang sabar. Suaranya tanpa disedari, dikuatkan. Cepat sahaja mulutnya ditekup walau dah tau, memang dah terlambat.....

" Ko nih Ziya. Cuba bawak bersabar. Habis meja hujung perasan ni. Memang jatuh la saham aku." marah Juwa. Meja hujung dilihat memandang-mandang mereka. Kantoi...

" Kuat sangat ke? Sorry, terrrrrloud speaker pulak."

" Cover oi.. Cover..." Ieja mendahului acting. Ziya, Juwa, Mimi buat-buat gelak, macam ada yang lucu. Padahal masing-masing dah cuak.

Makanan yang telah sampai cepat-cepat dihabiskan. Perbualan tadi terus terhenti. Cuak dari tadi tak habis-habis. Sekali sekala mereka bergurau.

" Juwa, kali ni turn ko. Cepat gi bayar." arah Ziya.

" Yer la, aku nak gi bayar la nih."

" Eh.. Eh.. Tak pe, biar aku tolong bayarkan. Bak duit." offer Ieja. Apa kes budak ni tetiba buang tebiat ni? Selalunya kalau bab nak bayar, memang masing-masing malas. Sebab tu diorang tetapkan turn. Masing-masing memandang ke arah Ieja yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

" Nah, amek ni. Kalau tak cukup, guna duit kau tau. Aku dah tak bertanggung jawab." not kertas bertukar tangan. Masing-masing menghantar Ieja ke kaunter dengan pandangan. Cesss, rupa-rupanya.......

Ieja kembali ke meja dengan "peace" di tangan.

" Sengal la ko. Aku ingatkan apa tadi. Rupa-rupanya nak pergi bayar dengan mamat baju hijau rupanya." Ziya lebih berhati-hati dengan nada suaranya. Takut terrrrrloud speaker lagi. Ziya, Juwa, Mimi menampar lembut bahu Ieja. Hampeh punya member. Mereka berjalan menuju parkir.

" Weh, mamat-mamat tuh parking sebelah kereta kita la." bisik Mimi. Mamat-mamat tu pun nak balik jugak. Yelah, dah bayar pon sesama tadi kan?

" Cover beb, cover." bisik Juwa pula. Memang hampeh. Kebetulan kereta 'mamat-mamat' tuh betul-betul sebelah kanan kereta Mimi. Ziya berkerut. Selalunya memang Ziya akan duduk di kerusi belakang pemandu.

Buat bodoh sudah. Aduhai, mamat baju biru ni nak masuk ikut pintu belah kiri. Macam tak ada tempat lain ja nak masuk. Slumber Ziya, slumber....

" Oi mamat baju biru!" 6 pasang mata memandang ke arahnya. Semua reaksi terkejut. Apatah lagi Juwa, Ieja dengan Mimi. Memang muka terkejut habis la. Ziya menekup mulut. Wajahnya rasa berbahang. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam kereta. Buat-buat tak tahu. Padahal muka dah terbakar, tahan malu punya pasal.

" Weh, apasal kau melatah macam tadi tuh?" Mimi tolong tanya. Ieja dengan Juwa bantai gelak habis-habisan. Memang kelakar habis scene tadi tuh.

" Ko memang wat lawak antarabangsa la. Macam tak ada benda lain ko nak latahkan." gelak Ieja masih bersisa.

" Aku.. Haha.. Aku ingat menda apa la tadi. Ko nih.. Haha.. Gila lawak.. Hahaha..."

" Oi Juwa! Kalo ko nak kenakan aku pun, jangan la bercakap sambil gelak. Buruk la perangai ko." makin kuat gelak Ieja, Juwa dengan Mimi. Makin panjang muncung Ziya.

"Batu tu punya pasal la. Aku tersepak, nyaris-nyaris nak jatuh. Korang pun sama.
Kalau korang tak cakap pasal mamat baju biru tu, tak adanya aku nak melatah macam tuh. Jatuh saham aku tau. Arghhhhhh!!!! Tension aku!" luahan hati Ziya hanya dibalas dengan gelak tawa yang lebih kuat.

" Mimi, ko bawak kereta elok-elok. Jangan asyik gelak kat orang." Ziya makin bengang.

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template