A StOrY tO tELL~~~

it's bout my writing..
it's bout me expressing my feeling through my
writing..

it's bout me and my ideas..
it's bout me spend my free time..
and...
it's all bout me...

Tuesday, September 1, 2009

**1 + 1 = ?** part 6

Assalamualaikum. ” salam diberi kepada Iskandar apabila dia meloloskan diri ke dalam kereta lelaki itu. Lelaki itu menjawab perlahan. Dia duduk di depan, sebelah tempat duduk pemandu manakala Najwa di sebelah belakang. Terasa segan jugak sebab first time keluar bertiga dengan lelaki itu. Selalunya mesti berempat. Iskandar mesti akan bawak Din, tak pun Zack. Kali ni dia sorang, napa entah?

” Napa ko sorang je ni? Mana Din? ” tanya Ziya. Orang cakap, kalau kita nak tau, jangan simpan, tanya jeh. Dia sengih dalam hati.

” Dating kot. ” jawab Iskandar perlahan. Dia lebih menumpu kepada pemanduannya, untuk keluar daripada kawasan desasiswa.

” Zack? ” kereta Honda Civic itu keluar dari perkarangan universiti.

” Tu la pasal. Ni la kawan. Time senang, nak senang sorang-sorang. Dua-dua gi dating. Tinggal aku ni ha. Bosan la dok umah tuh. ”

” Kalau bosan, buat la macam Din dengan Zack, cari awek. Kan senang?” bernas kan idea aku? Hehehe...

” Aah. Ziya kan ada. ” sahut Juwa tiba-tiba. Dan tiba-tiba gak aku rasa cadangan aku tak bernas. ” Banyak la kau. ” balasku. Juwa ni bukan boleh start merepek.

” Betul gak kan? Ziya, jadi awek aku nak? ”

” Bajet lawak sangat la tuh? Tuh, Juwa ada. Buat la dia jadi awek ko. ”

” Apa aku pulak? ”

” Kau la. ”

” Weh, weh, rileks la. Jangan la berebut aku lak. ”

” Tak adanya kami nak berebut kau. Baik berebut mamat baju biru Ziya. ” perlahan saja ayat terakhir itu keluar dari mulut Juwa. Ziya dah menjegilkan matanya ke belakang tempat duduk.

” Huhhh?? Sapa? ” tanya Iskandar. ” Berebut sapa? ”

” Jangan dilayan Juwa tuh. Merapu ja lebih. ” satu jelingan maut dihadiahkan buat Juwa. Bagai tertulis amaran, kalau berani, cakaplah! Juwa ketawa kecil. Bukan selalu boleh tengok Ziya gelabah macam nih.

” Apa-apa ja la korang nih. Kali ni Juwa belanja kan?” kereta diparkirkan.

” Apa lak? Aku tukang teman korang dating ja.”

” Juwa!”

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template