A StOrY tO tELL~~~

it's bout my writing..
it's bout me expressing my feeling through my
writing..

it's bout me and my ideas..
it's bout me spend my free time..
and...
it's all bout me...

Saturday, July 18, 2009

**1 + 1 = ?** part 5

5

ZIYA

Menyampah betul aku. Kalau nak menyakat aku tu nombor 1. Tak boleh tengok aku senang langsung. Arghhhhh!!!!!! Tension!

Oi mamat baju biru!

Apasal la aku asyik teringat peristiwa memalukan tuh? Mulut ni la. Macam tak ada ayat lain nak sebut. Tak cukup tebal muka aku nih tahan malu. Mak, tolong Ziya mak! Arghhhh!!!! Baik aku layan laptop kesayangan aku nih.

Mouse digerakkan. Screen saver kembali bertukar kepada wallpaper, gambar aku dan sahabat-sahabat satu bilik ketika di Genting Highlands. Aku tersenyum. Aku memang sukakan gambar itu. Memang memori terindah masa di sana. Di sana, 72 jam main, makan, tido. Itu je kerjanya. Memang bercuti habis-habisan. Masing-masing seronok tak terkata. Hingga menjilat jari. Erkkkk... Ada kaitan ke? Ah, bantai sudah.

Yahoo Messenger dibuka. Aduhai... Semua kawan-kawan aktif online. Mentang-mentang sekarang ni tak ada kerja sangat, semua buka laptop. Cuba kalau exam ke, ada test ke kuiz ke jangan harap nak online. Harap aku ni je la 24 jam online tak kira masa. Maaf yer laptop. Nak buat macam mana, ni cara aku tunjukkan kasih sayang aku kat kau. Nasib kau la dapat tuan macam aku ni. Hehehehe...



Buzz dari Iskandar. Satu universiti denganku, tapi berlainan course. Aku course chemical engineering manakala Iskandar course mechanical engineering. Kami berkenalan semasa sama-sama menjadi ahli jawatankuasa kem kepimpinan untuk adik-adik Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah sekitar. Iskandar ni dah final year dah pun. Dah dianggap macam abang walaupun perkataan abang tak pernah pon menjadi milik lelaki itu. Mahal ooo perkataan tuh. Hehehehe..

//BUZZ\\

Buzz dibalas.

//BUZZ\\


Huhhhh… Main kasar nampak.

//ziya_ayiz\\ takde keje ke oi? Main buzz lak.

//hero_is87\\ memang aku takde keje pon. Nama pon study lagi kan? Ngeeee~~~

//ziya_ayiz\\ ko mmg xpernah ada keje. Curi tulang memanjang.

//hero_is87\\ bila plak aku curi tulang? Daripada aku curi tulang bek aku curi hati ko jeh. Ko nih.. Memandai jeh.

//ziya_ayiz\\ =P

//hero_is87\\ hahahhaha… weh, ko wat apa ja? Bosan la.

//ziya_ayiz\\ x wat mende pon. Nak layan rumet pon cam hampeh jeh. Asyik aku jeh terkena.

//hero_is87\\ aku ingat aku jeh yg tau, diorg pon tau gak yer?


Amende lak mamat ni? Apa yang diorang tau? Konpius pulak aku. Aiyarkkk!!!


//ziya_ayiz\\ tau apa?

//hero_is87\\ tau yg kenakan ko mmg best. Aku suspek la rumet ko.

//ziya_ayiz\\ sengal la ko! Ko jangan nak kenakan aku lagi. Aku marah karang.

//hero_is87\\ aiksss?? Pehal sensitip ni? Hahahaha.. weh, jom teman aku makan. Aku lapo la.

//ziya_ayiz\\ aku no hal. Tapi ko belanja la. Amacam? N kalo aku nk kuar ngn ko mesti bteman. So....

//hero_is87\\ yo lah. Aku paham la. Aku belanja ko ngn kwn ko. Juwa ke? Aku g amek korg. Dalam stgh jam lg. Jgn lmbat tau.

//ziya_ayiz\\ ai.. ai.. kapten.. yang menurut perintah, bla3..

“Juwa!!! Ko nak makan free tak? Teman aku jom.” Hebat sekali laungan aku nih. Kalau dengar kat mak mentua aku, konpom kena reject ni. Eh, bila plak aku ada mak mentua? Ah, bantai lah. Janji aku nak bersiap, nak makan free. Bestnya...

No comments:

Post a Comment

 
Dear Diary Blogger Template