A StOrY tO tELL~~~

it's bout my writing..
it's bout me expressing my feeling through my
writing..

it's bout me and my ideas..
it's bout me spend my free time..
and...
it's all bout me...

Tuesday, September 1, 2009

**1 + 1 = ?** part 7

’Tak bestnya, meeting pulak dah malam ni. Sok dah la kena hantar assignment. Habuk pun aku tak buat lagi. Apasal la si Farid tu tak jadi pergi pulak ni? Tak pepasal aku kena ganti. Arghhhhh!!!! Tensionnya. Dah la tak ada geng.’

Ziya merungut seorang diri di dalam bilik. Farid, YDP persatuan pelajar pusat pengajiannya tetiba jeh hantar SMS, tak boleh pergi meeting antara YDP-YDP persatuan dan kelab. Bila YDP tak boleh pergi, NYDP lah yang dicari.

Sabar Ziya. Jangan merungut. Ni amanah. Tanggungjawab kau jugak. Dia cuba memujuk diri sendiri.

” Ko apahal ni? Menung mende? Buah hati baju biru?” sakat Juwa.

” Baru masuk bilik ko dah cari pasal dengan aku yer? Cubalah bagi salam ke, tanya aku dah makan ke belum ke. ” dia mendengus. Baru nak lupa pasal hari tu. Mimpi ngeri betul.

” Sensitip la ko. Usik sikit tak boleh.” aiksss, sejak bila Juwa dengan Is sign agreement nih. Masing-masing cakap aku sensitip. Sensitip ke aku?

” Juwa, ko gantikan aku meeting malam ni la. Malas tol aku nak pergi.”

” Hahahahaha... Ko nih. Tiap-tiap malam meeting. Tu la ko, hyperaktif sangat. Meeting apanya?” ayooo... blom apa-apa dah kena sembur. Baru acah suruh ganti.

” Meeting antara HEPP dengan YDP-YDP persatuan dengan kelab. Farid tak boleh pergi, so aku la yang kena pergi ni. Malas ah. Kalau aku pergi ni, jadi lone ranger la gamaknya.” ” Hahahahahaha.” ’Apa yang lawaknya? Juwa nih tetiba gelak pulak dia.’ Ziya buat muka pelik.

” Elok sangat la tuh. Dapat la ko jumpa dengan mamat baju biru kesayangan ko tuh. ”

” Erkkk???”

” Ko dah lupa. Kan dia YDP Awam.”

Mak, nak pengsan!

***************************************************************************

Ziya, rileks beb. Bukan ada menda pun, ko pergi ni nak meeting kan. Tetapkan niat kau Ziya. Tarik nafas...lepas...tarik lagi...lepas... Motivasi untuk diri sendiri. Aiyarkkkk!!! Tangannya menolak pintu yang sedikit renggang itu. Sempat matanya memandang deretan kasut atau lebih tepat lagi selipar jamban yang memenuhi hadapan pintu masuk ke bilik mesyuarat itu. Maknanya dah ramai la ni. Bismillah.......

Dia memandang keliling. Memang dah ramai yang ada. Dan hanya 2,3 kerat perempuan. Aduhai, tu pun semua aku tak kenal. Biasa la. Kampus kejuruteraan la katakan. Memang ramai la lelaki. Mati aku. Aha.. Ada Krish. Baik duduk dekat dia. Tepi dia pun macam tak ada orang.

” Hai Krish.” sapanya sambil tersengih. Boleh la, buat geng.

” Hai. Lama tak nampak.” Krish. Bahasa Malaysia memang fluent habis. Kalah aku. Debator la katakan. Dia ni hyperaktif. Sebab tu aku leh kenal dia agak rapat. Setakat nak bergurau tu no hal punya la.

” U la lama tak nampak. Busy dengan auntie la katakan.” Krish tergelak. ’Auntie’ tu awek dia. Ada ke patut dia kenalkan awek dia kat kitorang sebagai auntie? Kejam sungguh.

Pegawai-pegawai HEPP masuk beriringan. En. Razak, En. Mahadi, En. Dahlan dengan Cik Laila. En. Razak bagi intro dan kata-kata aluan. Aku cuba mencari wajah-wajah yang kukenal. Ada la beberapa orang. Yang lain kebanyakan muka baru. Mungkin senior kot. Dan yang paling penting, mamat baju biru tak ada! Yea! Sekurang-kurangnya meeting ni tak jadi mimpi ngeri.

” Maaf.” Mana muncul pulak mamat ni? Tetiba jeh. Panjang umur betul la. Terus sahaja lelaki itu mengambil tempat, betul-betul di hadapan Ziya. Terkedu Ziya seketika. Untuk 2 saat, pandangan mereka bertembung sebelum En. Mahadi mengusik ’mamat baju biru’ yang dah berbaju merah pulak kerana kelewatannya.

” Terlepas kapal terbang la Encik Mahadi,” balasnya diikuti gelak tawa satu bilik mesyuarat. Biasa la, meeting macam ni agak kurang formal. Lainlah kalau ada tetamu dari luar, memang kena formal. Kalau setakat dengan HEPP memang selamba badak jeh.

Minah latah ni pon ada? Apa position dia plak? Takkan YDP kot? Elok jeh dok depan aku ni. Hehehehe... Ni yang aku rasa macam nak wat jahat jeh nih. Tanduk dah keluar nih. Matanya direnung tajam pada gadis dihadapannya itu.

Apahal mamat ni? Tengok orang macam nak makan jeh nih. Mak, seramnya. Muka dah tahap pembunuh bersiri nih. Aduhai. Rileks Ziya. Tabahkan hati. Kawal emosi. Buat bodoh jeh dengan dia tuh.

” Ziya Adelia.” tersentak dia apabila namanya dipanggil. ” Bila lagi nak buat kenduri ni? Saya dah lama tak makan free nih.” aku tergelak. En. Mahadi ni memang suka menyakat. Aku pulak yang kena kali ni.

” Tak ada orang nak kahwin lagi la En. Mahadi. Macam mana nak wat kenduri?” sengihku.

“ Lah, awakkan ada? Bukan hari tu kata nak kahwin ka?” En. Mahadi ni dah buat dah. Tengah-tengah meeting yang ramai orang ni la dia nak kenakan aku. Aduhai.....

” Apa pulak saya En. Mahadi. ” aku buat muka. Malas nak membalas lagi. Kang makin panjang, makin segan aku dibuatnya. Dalam bilik meeting ni dah dekat 30 orang. I dont want to drop my water face. Erkkkk?? Fail sastera BI aku ni. Uhuhhuhuhu… Menangis cikgu-cikgu BI aku karang.

Aku memandang kembali ke hadapan. Bertembung kembali dengan ’mamat baju biru’ yang dah berbaju merah pulak tu. Apahal mamat ni? Pandanganku di arahkan ke tempat lain. Saja ja nak wat aku macam ni. Flying kick karang mamat ni baru dia tau.

Dia dah gelabah dah. Keep on staring Adam. Best jugak dapat sakat orang nih. Hehehehehehehe.... Sekali-sekala kejam apa salahnya kan?

” Saya rasa itu sahaja meeting kita pada hari ini. Kami dari pihak HEPP sangat mengharapkan kerjasama daripada semua persatuan dan kelab. Jadi, kita tangguhkan meeting kita pada hari ini. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa.”

Itulah kata-kata keramat daripada En. Razak yang aku nanti-nantikan. Dah, boleh balik! Aduhai, mamat oi. Cepat la balik. Apahal ko dok dekat pintu tuh? Pergi la main jauh-jauh. Aku melangkah perlahan. Memang bertembung la ni. Ramai pulak yang dah keluar. Adoiiii...

” Ziya Adelia si minah latah...” perlahan namun berdesup ke telinganya.

” What are you saying?” pantang betul aku kalau main sindir-sindir nih. Tak puas hati cakap la depan-depan. Huhhhhh!

“ Cakap apa?” cepatnya melenting minah ni. Baru sakat sikit. Ni yang aku rasa nak sakat lagi ni. Hehehehehe.....

” Whatever...” malas nak layan. Aku nak balik, wat assignment.

” Malam nih dah tak melatah ke? I’m wearing red shirt now.” Usiknya. Mak aih, merah padam muka minah ni. Macam simbah minyak kat api jeh rasanya. Gelak simpan dalam hati. Hanya senyuman sinis yang dihulurkan.

“ You…” hatinya menahan marah. Malu pun ada. Terus speechless. Jalan yang terbaik, buka langkah, blah.

***************************************************************************

Gila marah minah tuh. Ni yang aku rasa best nak usik nih. Nasib baik la bukan coursemate aku. Kalau tak, tiap-tiap hari kena dengan aku. Hehehehehe… Terasa kejam la pulak. Kesian pulak tengok muka dia tadi. Tak terkata apa. Rasa bersalah, tapi rasa nak buat lagi pun ada. Aduhai... Masalahnya rasa nak buat lagi tuh lagi kuat dari rasa bersalah. Hehehe...

” Ziya Adelia...” tanpa sedar dia menuturkan sebaris nama itu.

” Oit, ko sebut nama sapa tuh? Lia??” tanya Jan.

Adoi... Ni yang malas kalau dok hostel ni. Tak ada privasi langsung. Semua rumet boleh nampak, boleh dengar. Lagi-lagi yang sebelah katil macam si Jan ni. Nasib..nasib..

” Aiksss? Lambat jawab? Sapa tuh Adam? Awek baru ko ke?” Jan dah amek port atas katil aku. Kacau la si Jan ni. Aku nak baring-baring layan feeling pun susah.

” Mana ada. Ko dengar nama sapa ja? Aku cakap rasa nak keluar la.” goreng je la.

” Ishhh.. Aku rasa aku tak pekak lagi la Dam. Aku dengar nama perempuan tadi. Sejak bila ko pandai sebut nama perempuan ni? Selalunya perempuan yang sebut nama ko. Ajaib ni.. ”

” Hahahahaha....” ketawa yang dibuat-buat. ” Dah berapa abad ko tak korek telinga ni? Aku cakap lain, dengar lain. Dah. Jom keluar, aku bosan ah. ” Jan tersengih. Aku tau aku tak salah dengar. Adam sebut nama perempuan?

**1 + 1 = ?** part 6

Assalamualaikum. ” salam diberi kepada Iskandar apabila dia meloloskan diri ke dalam kereta lelaki itu. Lelaki itu menjawab perlahan. Dia duduk di depan, sebelah tempat duduk pemandu manakala Najwa di sebelah belakang. Terasa segan jugak sebab first time keluar bertiga dengan lelaki itu. Selalunya mesti berempat. Iskandar mesti akan bawak Din, tak pun Zack. Kali ni dia sorang, napa entah?

” Napa ko sorang je ni? Mana Din? ” tanya Ziya. Orang cakap, kalau kita nak tau, jangan simpan, tanya jeh. Dia sengih dalam hati.

” Dating kot. ” jawab Iskandar perlahan. Dia lebih menumpu kepada pemanduannya, untuk keluar daripada kawasan desasiswa.

” Zack? ” kereta Honda Civic itu keluar dari perkarangan universiti.

” Tu la pasal. Ni la kawan. Time senang, nak senang sorang-sorang. Dua-dua gi dating. Tinggal aku ni ha. Bosan la dok umah tuh. ”

” Kalau bosan, buat la macam Din dengan Zack, cari awek. Kan senang?” bernas kan idea aku? Hehehe...

” Aah. Ziya kan ada. ” sahut Juwa tiba-tiba. Dan tiba-tiba gak aku rasa cadangan aku tak bernas. ” Banyak la kau. ” balasku. Juwa ni bukan boleh start merepek.

” Betul gak kan? Ziya, jadi awek aku nak? ”

” Bajet lawak sangat la tuh? Tuh, Juwa ada. Buat la dia jadi awek ko. ”

” Apa aku pulak? ”

” Kau la. ”

” Weh, weh, rileks la. Jangan la berebut aku lak. ”

” Tak adanya kami nak berebut kau. Baik berebut mamat baju biru Ziya. ” perlahan saja ayat terakhir itu keluar dari mulut Juwa. Ziya dah menjegilkan matanya ke belakang tempat duduk.

” Huhhh?? Sapa? ” tanya Iskandar. ” Berebut sapa? ”

” Jangan dilayan Juwa tuh. Merapu ja lebih. ” satu jelingan maut dihadiahkan buat Juwa. Bagai tertulis amaran, kalau berani, cakaplah! Juwa ketawa kecil. Bukan selalu boleh tengok Ziya gelabah macam nih.

” Apa-apa ja la korang nih. Kali ni Juwa belanja kan?” kereta diparkirkan.

” Apa lak? Aku tukang teman korang dating ja.”

” Juwa!”

Saturday, July 18, 2009

**1 + 1 = ?** part 5

5

ZIYA

Menyampah betul aku. Kalau nak menyakat aku tu nombor 1. Tak boleh tengok aku senang langsung. Arghhhhh!!!!!! Tension!

Oi mamat baju biru!

Apasal la aku asyik teringat peristiwa memalukan tuh? Mulut ni la. Macam tak ada ayat lain nak sebut. Tak cukup tebal muka aku nih tahan malu. Mak, tolong Ziya mak! Arghhhh!!!! Baik aku layan laptop kesayangan aku nih.

Mouse digerakkan. Screen saver kembali bertukar kepada wallpaper, gambar aku dan sahabat-sahabat satu bilik ketika di Genting Highlands. Aku tersenyum. Aku memang sukakan gambar itu. Memang memori terindah masa di sana. Di sana, 72 jam main, makan, tido. Itu je kerjanya. Memang bercuti habis-habisan. Masing-masing seronok tak terkata. Hingga menjilat jari. Erkkkk... Ada kaitan ke? Ah, bantai sudah.

Yahoo Messenger dibuka. Aduhai... Semua kawan-kawan aktif online. Mentang-mentang sekarang ni tak ada kerja sangat, semua buka laptop. Cuba kalau exam ke, ada test ke kuiz ke jangan harap nak online. Harap aku ni je la 24 jam online tak kira masa. Maaf yer laptop. Nak buat macam mana, ni cara aku tunjukkan kasih sayang aku kat kau. Nasib kau la dapat tuan macam aku ni. Hehehehe...



Buzz dari Iskandar. Satu universiti denganku, tapi berlainan course. Aku course chemical engineering manakala Iskandar course mechanical engineering. Kami berkenalan semasa sama-sama menjadi ahli jawatankuasa kem kepimpinan untuk adik-adik Tingkatan 4 dari sekolah-sekolah sekitar. Iskandar ni dah final year dah pun. Dah dianggap macam abang walaupun perkataan abang tak pernah pon menjadi milik lelaki itu. Mahal ooo perkataan tuh. Hehehehe..

//BUZZ\\

Buzz dibalas.

//BUZZ\\


Huhhhh… Main kasar nampak.

//ziya_ayiz\\ takde keje ke oi? Main buzz lak.

//hero_is87\\ memang aku takde keje pon. Nama pon study lagi kan? Ngeeee~~~

//ziya_ayiz\\ ko mmg xpernah ada keje. Curi tulang memanjang.

//hero_is87\\ bila plak aku curi tulang? Daripada aku curi tulang bek aku curi hati ko jeh. Ko nih.. Memandai jeh.

//ziya_ayiz\\ =P

//hero_is87\\ hahahhaha… weh, ko wat apa ja? Bosan la.

//ziya_ayiz\\ x wat mende pon. Nak layan rumet pon cam hampeh jeh. Asyik aku jeh terkena.

//hero_is87\\ aku ingat aku jeh yg tau, diorg pon tau gak yer?


Amende lak mamat ni? Apa yang diorang tau? Konpius pulak aku. Aiyarkkk!!!


//ziya_ayiz\\ tau apa?

//hero_is87\\ tau yg kenakan ko mmg best. Aku suspek la rumet ko.

//ziya_ayiz\\ sengal la ko! Ko jangan nak kenakan aku lagi. Aku marah karang.

//hero_is87\\ aiksss?? Pehal sensitip ni? Hahahaha.. weh, jom teman aku makan. Aku lapo la.

//ziya_ayiz\\ aku no hal. Tapi ko belanja la. Amacam? N kalo aku nk kuar ngn ko mesti bteman. So....

//hero_is87\\ yo lah. Aku paham la. Aku belanja ko ngn kwn ko. Juwa ke? Aku g amek korg. Dalam stgh jam lg. Jgn lmbat tau.

//ziya_ayiz\\ ai.. ai.. kapten.. yang menurut perintah, bla3..

“Juwa!!! Ko nak makan free tak? Teman aku jom.” Hebat sekali laungan aku nih. Kalau dengar kat mak mentua aku, konpom kena reject ni. Eh, bila plak aku ada mak mentua? Ah, bantai lah. Janji aku nak bersiap, nak makan free. Bestnya...

**1 + 1 = ?** part 4

4

ISKANDAR

Bosannya. Nak buat apa ni ya? Yahoo Messenger dibuka. Mana kawan-kawan aku ni? Semua offline. Takkan invisible time macam ni? Impossible. Maknanya diorang memang keluar la ni? Kejamnya. Ziya? Aisehhh.. Apsal dia idle lak ni? Macam tak bagi aku kacau ja.

‘Lepak tempat biasa ka weh?’ SMS dihantar. Harap-harap diorang tengah lepak kat situ. Leh aku join. Tutt..Tutt..

‘ Mlm ni semua org dating, so aku pon dating gak ni. =).’

Hampeh punya kawan. Layan laptop pon macam tak menarik dah ni. Kawan-kawan semua missing in action. Mende la diorang ni. Time macam ni la tak ada orang nak lepak dengan aku. Boleh mati kering dalam bilik nih. Ni yang tak best kalau duduk rumah sendiri ni. Kalau aku tau, awal-awal lagi memang aku apply desasiswa, nama panggilan bagi kolej kediaman di USM. Bila da jadi macam ni, aku jugak yang merana.

” Is... Is...”

”Yer, ma... Masuk la ma.”

Mama masuk sambil tersenyum. Apa pulak ma aku ni? Main senyum suspicious pulak ni. Iskandar, control your emotion. Konpom ma ada drama ni. Mama ambil tempat di birai katil. Kerusi yang ku duduki ku alihkan menghadap mama. Suspennya.....

” Is sibuk ke?” ayat intro dah keluar ni. Habis la aku.

” Tak ada la ma. Is tak buat apa pon. Ingat nak keluar kejap lagi.” goreng je la ma aku nih. Hehehehehehehe...

” Is nak keluar dengan siapa? Bakal menantu mama ke?” kan dah keluar soalan cepu emas mama. Waaaaaa!!!!! Nak jawab apa ni?

” Ishhh... Mana ada bakal menantu mama. Nak keluar dengan kawan je. Kenapa, mama nak ikut ke?” Hehehehehe...

” Kalau Is nak keluar dengan bakal menantu mama, boleh la mama ikut. Bila Is nak kenalkan dengan mama ni?” kan dah keluar lagi satu soalan cepu emas.

” Ma. Is baru 23 tahun ma. Belajar pun tak habis lagi. Ada setengah tahun lagi. Macam mana nak carikan mama bakal menantu?” play safe beb. Hentam sajalah labu...

” Ishhhh.. Takkan lah Is tak ada kawan dengan sapa-sapa kot? Mama bukan apa, Is ni kan anak sulung. Mama dengan papa kamu dah lama teringin nak bermenantu, bercucu. Takkan la nak tunggu adik kamu tu? ”

Teringat pulak kat adik aku yang sorang tuh. Iskandar jugak. Aku Iskandar Zafri, dia Iskandar Zikri. Umur 18 tahun, tapi ligatnya mengalahkan aku. Awek keliling pinggang. Abang dia ni nak ngorat sorang awek pon pikir 10 kali. Sementara aku nk pikir tuh, dah 10 orang awek dia berjaya ngorat. Hebat betul adik aku yang sorang tuh.

” Kalau dah Zik nak kahwin sangat apa salahnya dulukan dia. Hehehehe....” mak aih.. Susahnya nak escape nih.

” Macam-macam la alasan kamu ni. Ma kalau boleh nak Is kahwin cepat-cepat. Masa study ni pon boleh ja. Ma tak kisah.” tapi saya kisah la ma. Mana nak sara anak orang lagi. Tak kan dah kahwin pon nak harapkan pa dengan ma lagi? Aduhai.... Idea!

” Ma, Is dah lambat ni. Tadi dah janji ngan kawan nak keluar. Is nak bersiap ni.” sengih dah lain macam ni.

” Macam-macam la kamu nih. Ma keluar la nih. Ingat, kalau dah ada calon, cepat-cepat bagitau ma. Nanti kamu jugak yang nak melepas.” taktik berjaya. Suspek dilihat keluar dari pintu bilik. Dan...... Yea! Pintu bilik telah ditutup. Mission accomplished.

Ishhhh... Nak keluar dengan sapa ni? Kalau tak keluar karang, mengamuk ma kalau dia tau aku guna taktik. Laptop dihadapnya kembali. Dibeleknya Yahoo Messenger lagi. Ziya dah tak idle? Yeahhhh!!!
//BUZZ\\

Sunday, May 24, 2009

**1 + 1 = ?** part 3

3

“ Juwa, aku tak puas hati ni. Cerita ko pasal mamat-mamat tadi tak habis lagi. Cepat la.” gesa Mimi. Masing-masing berkumpul di katil Juwa, fokus pada ceritanya.

” Macam ni ha. Diorang tuh budak civil engineering. Tahun 3 dah. Mamat baju biru kesayangan Cik Ziya kita nih..” belum sempat habis ayat lagi sebiji bantal da hinggap kat muka Juwa. Semua bantai gelak. Ziya saja yang tarik muncung.

” Kalau berani, sebut la lagi macam tuh. Kalau nak aku isytihar perang la.” gelak dan gelak.

” Ok, ok. Aku sambung ni. Mamat baju biru kesayangan Zi..” Ziya buat muka menakutkan. Semua gelak lagi. ” ....kesayangan kita tuh la new YDP for Awam. Adam namanya. 3rd year. Kalau nak tahu, dia tu memang loaded gila. Perasan kereta Toyota Camry tadi tuh? Kereta dia tuh. Dasyat tak?” Ieja dengan Mimi buat muka kagum. Ziya wat bodoh jeh. Muka tak ada perasaan.

” Kalau kau dapat la Ziya, memang bahagia la hidup.”sakat Mimi.

Ziya buat muka spastik. ” Tak ada maknanya.”

” Eh, itu yang Ziya punya. Mamat yang bayar sekali dengan aku tuh plak sapa nama Juwa? ” Ieja angkat kening double lagi. Muka gatal habis.

” Ko nih Ieja, pantang nampak muka hensem sikit, mulalah. Nak menggatal. ” sepantas kilat mulut Mimi melaser Ieja.

”Alah korang ni. Kasi la chance sikit. Aku kan single lagi. ” kening double diangkat lagi. Memang muka gatal ni tak akan habis kot.

” Banyak la ko punya single. Yang keliling pinggang tuh apanya?”

” Tu teman tapi mesra la. ” Ieja sengih. Ziya malas dah nak melayan kawan-kawannya. Kakinya diatur ke arah mejanya.

**1 + 1 = ?** part 2

2

ZIYA

Satu kereta bantai gelak.
” Apahal minah tu? Ko kenal dia ke Adam?” tanya Mie. Tone gelak masih ada, namun tumpuannya masih pada pemanduannya.

” Hahahaha... Mana ada. Entah sapa entah. ”

” Aku kenal yang sorang tuh. Najwa namanya. Budak chemical, 2nd year. Tapi yang lain aku tak tahu la plak. Yang melatah tu aku pernah nampak. Tapi tak tau nama la. ” macam biasa, Jan memang informer yang hebat.

Aku pun memang pernah nampak minah tu. Tapi tak ingat la kat mana. Yang penting memang familiar la.

" Oi mamat baju biru!"

Aku pandang bajuku. Memang kaler biru. Aku buat muka pelik. Aku tengok minah tuh dah semacam jeh. Terus masuk kereta, tak dengar bunyi dah. Kawan-kawan dia plak sengih-sengih sambil terus masuk kereta gak. Aku jugak yang berkerut-kerut ni. Tapi.....

” Hahahahaha... Gila lawak la minah tuh. ” tak habis lagi gelak dari tadi.

” Ko perasan tak Dam, tadi waktu kat meja makan pon minah tu jugak cakap sikit punya kuat. Aku rasa diorang tengah cakap pasal ko la. ” tambah Mie.

Ni yang aku rasa kembang tak hengat nih. Saya tau saya fofular. Terima kasih semua. Ahakz!

**1 + 1 = ?** part 1

1

” Weh, korang nak pergi ke tak ni? Lambat betol la korang. Penat betul aku tunggu." jerit Ziya.

" Kejap la oi. Aku tau la ko tak payah make-up. Bagi la chance kat kitorang sikit." balas Juwa. Dia mengintai dari balik almari. Ziya mencebik. Memang dia simple pun. Bedak pun tak pernah pakai, apatah lagi make-up lain. Macam menyusahkan jeh. Nasib baik kulit mukanya tak banyak masalah. Tak adalah dia perlu susah payah. Pakai pencuci itu, pencuci ini, krim itu, krim ini.

" Ye lah, tapi cepat sikit."

" Baik!" laung Juwa, Ieja dan Mimi serentak. Ziya tergelak kecil.

" Nah, pergi start enjin kereta dulu," Mimi mencampakkan kunci kereta ke atas meja study Ziya. Ziya mengambilnya, langkahnya diatur ke kereta di bawah blok. Pintu kereta dibuka dan dia melabuhkan diri di tempat duduk pemandu. Kunci dimasukkan dan enjin kereta dihidupkan.

Juwa, Ieja, Mimi menghampiri kereta sambil tersengih-sengih. "Lama tunggu?"sapa Ieja.

" Dah berakar aku rasa tau menunggu korang nih."

” Dah keluar pucuk belum?” masing-masing gelak dengan lawak tak hengat Juwa.

" Tunggu, tunggu gak. Ko tak reti-reti nak keluar ke? Ke ko nak bawak kereta hari ni?"

" Boleh gak Mimi. Aku bawak korang masuk longkang, nak?" Ziya keluar dari tempat duduk pemandu sambil tersengih-sengih. Dia mempersilakan Mimi duduk sambil merendahkan badannya sedikit, seperti cerita 'fairytale' bagai menghormati sang raja. Sempat Mimi menepuk bahu Ziya kuat.

" Oit Mimi. Ko kalo sehari tak pukul aku memang tak sah. Sakit tau. Dah lebam tau bahu aku ni." balas Ziya pantas mengambil tempat duduk di belakang. Ieja di sebelahnya.

" Ala Ziya, best la tepuk ko. Sebab tu aku buat. Lain kali aku buat lagi." kereta dipandu keluar dari perkarangan hostel.

***************************************************************************

" Aku lapar gila ni. Mana nasi paprik aku ni? Waaaaa!" adu Ieja.

" Cuba la bawa bersabar oi. Ko ni kalau bab makan, tak menyempat. Kalau boleh 24 jam mesti nak mengunyah. Badan tak besar-besar pula tu. Pelik betul aku"

" Ko ni Ziya, takkan tak tau. Sistem pencernaan aku ni kan terlalu efisien. Makan je buang, bila da buang mesti kena makan balik."

" Pengotor la ko. Kita kat kedai makan ni tau tak. Kalau orang lain dengar macam mana? Tak pepasal dengan saham kitorang ni jatuh jugak tau." balas Mimi.

" Weh... Weh... Tengok tuh. Aduhai..." masing-masing melihat arah yang ditunjuk oleh Juwa. 3 orang lelaki baru menghuni meja di hujung sekali, selang 2 meja dari meja mereka. Berbaju merah, biru, hijau.

" So?" balas Ziya. Tak paham apa yang perlu dilihat.

" Ko ni memang slow la kalau bab macam ni."

" Memang la si Ziya ni slow. Tapi masalahnya sekarang, ko nih yang terlalu cepat. Kitorang pun blurr juga nih." sempat juga Mimi mengenakan mereka berdua. Tak miss seorang pun.

" Sampai hati ko Mimi. Yer la, aku la yang slow. Uhuhuhuh.." Ziya pura-pura sedih. Meminta simpati. Masing-masing tergelak. Minah ni kalau buat muka seposen memang jadi. Mentang-mentang ambil kelas teater. Praktis habis.

" Dah.. Dah.. Cukup dengan acting ko. Juwa, pehal dengan mamat-mamat kat hujung tuh?" tanya Ieja, serius konon.

" Betul korang tak kenal?" Juwa meminta kepastian. Ketiga-tiganya menggeleng.

" Aduhai korang ni. Lambat la. Diorang tu ambil kos civil engineering. Korang nampak yang pakai baju biru tu?" kesemua mata melekap pada mamat yang berbaju biru.

" Woi, kalau yer pun jangan la tenung sampai macam tu sekali. Diorang perasan kang. Saham kita gak jatuh." Juwa bagi warning. Masing-masing buat macam biasa. Sesekali mata menjeling juga ke meja hujung. Juwa tergelak. Masing-masing buat muka suspicious lagi. Dah macam penyiasat plak dok main pandang-pandang jeling-jeling meja hujung.

" Woit, cepat la sambung. Apa kesnya mamat baju biru tuh?" Ziya dah hilang sabar. Suaranya tanpa disedari, dikuatkan. Cepat sahaja mulutnya ditekup walau dah tau, memang dah terlambat.....

" Ko nih Ziya. Cuba bawak bersabar. Habis meja hujung perasan ni. Memang jatuh la saham aku." marah Juwa. Meja hujung dilihat memandang-mandang mereka. Kantoi...

" Kuat sangat ke? Sorry, terrrrrloud speaker pulak."

" Cover oi.. Cover..." Ieja mendahului acting. Ziya, Juwa, Mimi buat-buat gelak, macam ada yang lucu. Padahal masing-masing dah cuak.

Makanan yang telah sampai cepat-cepat dihabiskan. Perbualan tadi terus terhenti. Cuak dari tadi tak habis-habis. Sekali sekala mereka bergurau.

" Juwa, kali ni turn ko. Cepat gi bayar." arah Ziya.

" Yer la, aku nak gi bayar la nih."

" Eh.. Eh.. Tak pe, biar aku tolong bayarkan. Bak duit." offer Ieja. Apa kes budak ni tetiba buang tebiat ni? Selalunya kalau bab nak bayar, memang masing-masing malas. Sebab tu diorang tetapkan turn. Masing-masing memandang ke arah Ieja yang tersengih-sengih macam kerang busuk.

" Nah, amek ni. Kalau tak cukup, guna duit kau tau. Aku dah tak bertanggung jawab." not kertas bertukar tangan. Masing-masing menghantar Ieja ke kaunter dengan pandangan. Cesss, rupa-rupanya.......

Ieja kembali ke meja dengan "peace" di tangan.

" Sengal la ko. Aku ingatkan apa tadi. Rupa-rupanya nak pergi bayar dengan mamat baju hijau rupanya." Ziya lebih berhati-hati dengan nada suaranya. Takut terrrrrloud speaker lagi. Ziya, Juwa, Mimi menampar lembut bahu Ieja. Hampeh punya member. Mereka berjalan menuju parkir.

" Weh, mamat-mamat tuh parking sebelah kereta kita la." bisik Mimi. Mamat-mamat tu pun nak balik jugak. Yelah, dah bayar pon sesama tadi kan?

" Cover beb, cover." bisik Juwa pula. Memang hampeh. Kebetulan kereta 'mamat-mamat' tuh betul-betul sebelah kanan kereta Mimi. Ziya berkerut. Selalunya memang Ziya akan duduk di kerusi belakang pemandu.

Buat bodoh sudah. Aduhai, mamat baju biru ni nak masuk ikut pintu belah kiri. Macam tak ada tempat lain ja nak masuk. Slumber Ziya, slumber....

" Oi mamat baju biru!" 6 pasang mata memandang ke arahnya. Semua reaksi terkejut. Apatah lagi Juwa, Ieja dengan Mimi. Memang muka terkejut habis la. Ziya menekup mulut. Wajahnya rasa berbahang. Cepat-cepat dia meloloskan diri ke dalam kereta. Buat-buat tak tahu. Padahal muka dah terbakar, tahan malu punya pasal.

" Weh, apasal kau melatah macam tadi tuh?" Mimi tolong tanya. Ieja dengan Juwa bantai gelak habis-habisan. Memang kelakar habis scene tadi tuh.

" Ko memang wat lawak antarabangsa la. Macam tak ada benda lain ko nak latahkan." gelak Ieja masih bersisa.

" Aku.. Haha.. Aku ingat menda apa la tadi. Ko nih.. Haha.. Gila lawak.. Hahaha..."

" Oi Juwa! Kalo ko nak kenakan aku pun, jangan la bercakap sambil gelak. Buruk la perangai ko." makin kuat gelak Ieja, Juwa dengan Mimi. Makin panjang muncung Ziya.

"Batu tu punya pasal la. Aku tersepak, nyaris-nyaris nak jatuh. Korang pun sama.
Kalau korang tak cakap pasal mamat baju biru tu, tak adanya aku nak melatah macam tuh. Jatuh saham aku tau. Arghhhhhh!!!! Tension aku!" luahan hati Ziya hanya dibalas dengan gelak tawa yang lebih kuat.

" Mimi, ko bawak kereta elok-elok. Jangan asyik gelak kat orang." Ziya makin bengang.
 
Dear Diary Blogger Template